Followers

Tuesday, June 18, 2013

Peralatan Penternakan Lebah

Penternakan Lebah memerlukan peralatan yang tertentu. Aku x boleh nak explain nama dan jenis alatan yang digunakan. Sebab aku pun x abis skolah lagi dalam bidang ini. So aku share ajer peralatan yang digunapakai dalam industri ini bagi penghasilan madu.





Cameron : Bee Farm

Penghujung cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga sempat singah bermalam semalam sahaja di Cameron Highland dalam perjalanan pulang ke Kuantan daripada Ipoh. Selepas penat bermain air seharian di Lost World Of Tambun, kami sekeluarga naik ke Cameron Highland. Semasa dalam perjalanan naik kami singgah di Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah diternak serta peralatan yang digunakan.

                                            Kotak Koloni Lebah Madu

                                                Koloni Lebah Kelulut Hutan

                                          Deretan Koloni Lebah Madu dan kelulut

Lawatan kat Farm ne x berapa menarik sangat sebab material yang ditunjukkan sangatlah basic. Hanya berapa kotak koloni lebah dansatu kelulut. Ianya lebih ditujukan untuk menjadi pusat jualan hasil produk lebah sahaja. Pertanyaan aku kat pekerjanya, lebah diternak di beberapa lokasi yang lain seperti di Melaka etc. So kalau sesiapa yang berhajat nak datang ke sini untuk belajar bolehlah lupakan..



Wednesday, June 5, 2013

TKPM Pulau Manis

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis

Lawatan secara tidak sengaja ke TKPM Pulau Manis sewaktu menjalankan kerja2 site survey di Lepar. Sifat ingin tahu bagaimana TKPM beroperasi telah membawa aku ke TKPM Pulau Manis yang dikawalselian Pejabat Pertanian Daerah Kuantan. Berdasarkan signboard ditepi jalan hanya menunjukkan 1.5KM jarak ke lokasi tetapi apabila sudah ditempuhi ianya lebih daripada itu. Adalah dalam  4.5KM dari simpang masuk tadi. Kalau tuan2 berjumpa dengan pintu masuk ladang YP Plantation maknanya anda sudah melalui jalan yang betul. Masuk ke simpang kiri sebelum sampai di pintu masuk Ladang YP Plantation ini dan tempuhi jalan 1.5KM lagi dan anda akan sampai ke sini.

Pemerhatian aku mendapati banyak lot kosong yang menandakan tanaman sudah dituai dan dalam proses penggantian tanaman yang baru. Terdapat juga plot yang sedang dalam proses tuaian seperti dalam gambar yang disertakan ini iaitu tanaman Peria dan Timun. Sebenarnya tujuan aku survey lokasi ini adalah dalam proses untuk membuat penilaian mengenai kesesuaian lokasi untuk aku melaksanakan projek ternakan lebah madu dan kelulut nanti. Ianya untuk mengesan punca nektar/bunga untuk lebah mencari makanan. Lokasi ini agak sesuai kerana skala tanaman yang besar dan secara berperingkat akan membekalkan sumber nektar yang berterusan sepanjang tahun. Ia juga akan menjadi agen pendebungaan kepada tanaman para pengusaha nanti. Perkongsian Bijak!!!





Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan di dalam negara serta menggalakkan penglibatan pihak swasta untuk berkecimpung di dalam bidang pertanian.

Projek ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2000 dan sehingga tahun 2005, sebanyak 32 TKPM yang merangkumi kawasan seluas 4,085 hektar telah diwujudkan dan beroperasi di seluruh negara. Anggaran pengusaha yang terlibat adalah seramai 338 orang dengan kuantiti pengeluaran tanaman pada tahun 2005 mencapai 16 juta tan metrik yang bernilai RM18.49 juta.

Antara objektif projek TKPM adalah:
•Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal;
•Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan;
•Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.

Konsep dan ciri-ciri projek TKPM yang telah dirangka adalah:
•Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
•Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang
•Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM
•Lokasi projek hendaklah sesuai dari segi tanah dan tapak
•Lot tanah disewakan kepada pihak swasta untuk satu jangka masa panjang dengan bayaran yang rendah
•Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyelaras perkhidmatan MoA. Inc
•Keluasan komersial untuk tanaman sayur adalah seluas 30 hektar
•Keluasan komersial untuk tanaman buah adalah seluas 50 hektar
•Mengguna pakai amalan teknologi terkini
•Penanaman dan pengeluaran berterusan dan berkualiti (GAP/SALM)
•Sasaran pendapatan peserta adalah melebihi RM3000 sebulan
•Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang berpengalaman
•Peserta perlu menyediakan pelan bisnes yang lengkap termasuk kesesuaian tanah dan cuaca serta mengambil kira BOT dan Kluster.

Monday, June 3, 2013

Pokok Anggur : Memangkas dan membaja

Pokok Anggur : Cubaan Pertama

Kepulangan ke rumah ayah pada hujung Mei yang lalu telah membawa aku untuk melaksanakan eksperiman kat pokok anggur yang aku tanam pada penghujung tahun yang lalu. Pokok anggur berdaun yang lebat tetapi masih x berbuah. so kepulangan aku kali ini dengan misi untuk membuatkan pokok anggur aku mula berbuah dan tidak selamanya gila daun ajer.

So proses yang pertama aku buat adalah menabur baja buah di sekiling pangkal pokok. disebabkan ianya proses try n error so aku tak sukat ler brape banyak baja yang perlu ditabur. main tabur sesuka hati ajer.



Setelah baja buah dan bunga ditabur, so mulalah proses menoggelkan pokok anggurku. semua tunas dan dahan yang kecil/ berwarna hijau aku buang. hanya dahan yang besar dan berwarna colkat sahaja yang tinggal. Melihat pokok anggur yang sudah toggel, ayah aku risau plak. takut2 pokok anggur ne terus kojol. tapi aku kata kat ayah, kita tengok dalam masa sebulan dua. In Shaa Allah pokok akan mula keluarkan buah. Kalo kojol, kita tanam pokok baru.

So kepulangan aku nanti dalam masa 2 bulan kemudian, aku akan share hasil eksperiman ini.

Monday, May 20, 2013

Lebah Lalat

Lebah Lalat


Sekarang tengah musim bunga. Pokok Mangga kat depan umah sudah berputik dan sedang membesar. Manakala pokok mata kucing di sebelah rumah sedang lebat berbunga. Mungkinkah didorong oleh tarikan bunga ini menyebabkan pokok kelat paya dihadapan rumah telah dijadikan tempat persinggahan oleh kawanan lebah lalat ini? Saya dimaklumkan oleh kawan mengenai spesis ini. ianya dinamakan lebah lalat disebabkan oleh saiznya yang kecil berbanding dengan saiz lalat biasa.

Bolehkan lebah lalat ini dipindahkan ke dalam kotak dan diternak? Aku x der pengelaman dalam hal ini tetapi amat berminat untuk menceburinya.

Sunday, March 31, 2013

Kursus Penternakan Kelulut oleh Mardi

Saya ada menulis email kepada pusat latihan mardi untuk bertanyakan sekiranya ada kursus ini dijalankan pada tahun ini. tetapi dimaklumkan oleh pihak Mardi yang kursus ini telah diadakan pada 26-27hb Mac 2013 yang lalu. Alangkah malangnya saya kerana terlepas untuk mengikuti kursus ini.

Walaubagaimanapun saya telah dimaklumkan sekiranya terdapat keperluan yang mencukupi kursus ini boleh dilaksanakan pada bila2 masa sahaja. dengan syarat saya perlulah mendapatkan min 15 peserta dengan setiap peserta dikenakan bayaran RM600 setiap orang untuk kursus dua hari ini. Detail kursus saya tengah dapatkan dengan pihak MARDI especially on penginapan dan makan. Kalo cover sume kira cantik dah harga tur.

Oleh yang demikian, saya mencari min 14 orang yang berminat untuk menghadiri KURSUS PENTERNAKAN LEBAH KELULUT yang dianjurkan oleh pihak MARDI. Sila berikan butir-butir anda seperti berikut:-

Nama:
Alamat:
No IC:
No Hp:

Sila emailkan kepada abdulz@streamyx.com or to my HP 013-9213433. saya akan kumpulkan semua nama peserta yang berminat dan akan berurusan dengan pihak MARDI. Urusan bayaran hendaklah dibuat terus kepada pihak MARDI.

Saya sertakan email daripada Mardi:-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam tuan,
Untuk makluman pada tahun ini, kursus lebah kelulut telah dilaksanakan sebanyak tiga kali, kursus terbaru ialah pada 26-27 mac yang lalu. Mengikut jadual, tiada lagi kursus kelulut akan dijalankan, namun begitu sekiranya permintaan menggalakkan dan lebih 15 orang memohon kursus, kami akan mempertimbangkan untuk diadakan kursus tersebut. Untuk kursus akan datang, tuan boleh mengisi borang permohonan dan kami akan maklumkan sekiranya tarikh telah dikenalpasti

Program Kursus dan Latihan Teknikal
Pusat Perkhidmatan Teknikal
MARDI, Serdang
Tel: 03-8943 7221/7238
Fax: 03-8948 2216


Senarai Peserta yg telah memberikan Komitment (17/06/2013):-
1    Abdullah Ahmad, Kuantan
2    Peserta 1
3    Peserta 2
4    En Muhammad Abu Zamir Abu Bakar, Selangor
5    Hj Mohd Romali Che Abas, KL
6    En Nasir Hashim, KL
7    En Mohd Yatim Abd Wahab, KL
8  
9  
10
11
12
13
14
15

Mencari 8 peserta lagi untuk mencukupkan kuota 15 peserta...

Sunday, February 17, 2013

Pokok Anggur @ FAT5

Cuti Raya Cina yg lepas aku pulang ke kampung di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Rasanya telah agak lama tak pulang ke rumah Mak selepas balik kampung pada tahun lepas. Semasa pulang ke rumah mak dulu, aku dah Abah ada menanam anak pokok anggur yang di bawa oleh Kak Uda. So kat sini aku share gambar pokok anggur yg aku tanam dulu. Umur ada dalam 3-4 bulan lepas. Aku ada suruh abah buat para untuk memudahkan anak pokok anggur menjalar dengan baik. Tapi abah buat ala kadar ajer pulak. Aku rasa Para yg abah buat ini tak dapat nak bertahan lama. kena salin dengan kayu yang lebih besar dan kukuh.





Sekarang ne kena biarkan dulu pokok anggur ini membesar dengan sihat dan kuat sebelum proses membaja bunga dan menoggelkan pokok dilaksanakan. Proses memangkas tunas adalah dieprlukan bagi membolehkan pokok mengeluarkan bunga dan berbuah nanti. So kalau ada para pembaca yg sudi berkongsi pengalaman mengenai penanaman pokok anggur, aku minta berikan komen dalam blog ini.
Antara persoalaan yg aku nak tanya :-
1) Jenis baja daun dan bunga yg sesuai.
2) Jenis racun perosak yg sesuai.
3) Bilakan pokok sesuai ditabur dengan baja bunga dan ditoggelkan.

Monday, December 31, 2012

Lebah Kelulut @ Rumah

 Sarang Lebah Kelulut
Hari ini aku berpeluang utk balik ke rumah ayah mertua di Sg Lembing untuk urasan persekolahan anak. Kena uruskan pakaian sekolah anak aku yang terpaksa custom made by my mother in law. So masa lepak di tepi tangga rumah aku sempat snap gambar sarang kelulut spt yg saya share dalam blog ini. Sarang ini sudah lama bermastautin di rumah pak mertua aku. Memula dia bersarang di tepi tingkap dapur rumah and mungkin lokasinya x sesuai sebab bising serta bau masakan menganggu hormon lebah ini, maka koloni kelulut ini telah berpindah di tepi tangga plak.

Masalahnya yg timbul adalah camne aku nak pindahkan dalam sarang kotak yang mudah utk dituai madunya? Ada sesiapa yang sudi hendak memberikan idea... you're welcome to share your ideas...

Saturday, December 29, 2012

Lebah Kelulut @ Kebun

Koloni Lebah Kelulut@tong
Lebah Kelulut pulang ke Sarang

Semalam aku berpeluang utk melawat kebun durian dan sekaligus melihat koloni kelulut aku yg bersarang dalam tong spt gambar yg aku snap n share in this blog... persoalannya ialah camne aku nak pindahkan sarang kelulut ini dalam kotak yang mudah diselenggara dan diambil madunya tanpa risiko yg tinggi? boleh sesiapa yang pakar dalam hal ini dapat memberikan idea????

Aku sudah menghubungi pembekal kelulut di Jitra Kedah berhubung hajat untuk membeli 5 koloni baru. kommunikasi sudah dibuat dan menanti persetujuan dan masa yang sesuai untuk membawa koloni baru ke tempat aku di Beserah. Skg tgh mikir camne nak bawak lebah2 tur dari Jitra ke Kuantan. Boleh sumbat dalam bonet keta ke? x mati ke? x gigit ke? beso mane koloni2 ne? byk persoalan yg perlu difikirkan sebelum operasi pemindahan dilaksanakan...

Kat tempat baru ne pun kena buat persediaan spt tempat nak diletakkan semua koloni2 ini. Asas hendaklah kukuh sbb dalam kebun aku ne macam2 binatang ada... silap ari bulan kena sodok ngan Khinzir plak...

Tuesday, October 23, 2012

Tuaian Kolam 22 & 23

Pada 2 minggu lepas, aku n family ke Penang atas urusan kerja wife aku. Kami lepak 2 hari di Hotel Pearl View Seberang Perai. Pada hari ke-3, on the way back to Kuantan, aku singgah ke MOFA di Bukit Merah untuk melihat proses tuaian Kolam aku yang ke-6. Ini bermakna sudah setahun pelaburan ikan arowana aku n partner yg masih belum menghasilkan apa2 keuntungan.

Sesampai di Kolam, En Ariffin tiada kerana ada urusan lain. Yg ada hanyalah 2 orang pekerja dengan kelangkapan menuai ditepi kolam menantikan kedatangan kami. Kami kena tunggu 30min lagi untuk menanti kedatangan Pembuka Mulut Ikan yg masih tidak kelihatan. Kat sini saya share beberapa gambar utk menceritakan pengalaman aku... memang mengasyikan sekali kedatangan kami kali ini...

Kolam 22


Setelah kesemua 20 ekor ikan diperiksan ternyata tezeki kami masih belum dipermudahkan di Kolam 22. Kena bersabar lagi.

Kolam 23
Kat sini aku cuma jadi pemegang amanah sahaja kerana tiada share dalam kolam ini. Hanya dipertanggungjawabkan oleh partner untuk melihat proses tuaianya dan berikan update secara langsung...

Proses tuaian bermula. Jaring direntang dan ditarik.
Proses Belahan Mulut Ikan dibuat oleh Pakar 
Telur ikan x matang yg dimuntahkan. Perkiraan kasar dekat 50biji. 
Close-up telur ikan Kelisa yg x matang

Kolam 23 walaupun usianya muda sedikit daripada Kolam 22, tetapi sudah mula mengeluarkan hasil tetapi ianya x boleh diselamatkan kerana telur agak muda. Para pekerja kolam juga tidak menduga Kolam 23 sudah mula mengeluarkan hasil kerana daripada pemerihatian mereka pada sebelah malam, ikan tidak menunjukkan sedang membawa telur.

Tp ternyata ikan ke-17 yang diperiksa memuntahkan telur2 yg tidak matang. Kalau dikira proses tuaian kali ini kami kerugian dekat RM25K kerana telur ikan belum menjadi anak2 ikan. So kami kena tunggu 45hari daripada sekarang untuk proses tuaian berikutnya.... Moga Allah SWT permudahkan rezeki kami di masa depan..